Wanita maut dilanggar bas ekspres

Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum dilanggar bas express dalam kejadian di kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan pada awal pagi Rabu.
Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum dilanggar bas express dalam kejadian di kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan pada awal pagi Rabu.
A
A
A

JEMPOL- Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas dilanggar bas ekspres dalam kejadian di kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 22 tahun itu disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 4.40 pagi membabitkan sebuah bas ekspres dipandu lelaki berusia 47 tahun yang membawa penumpang dalam perjalanan dari Kuala Perlis hendak ke Mersing, dengan sebuah motosikal ditunggang mangsa.

"Bas tersebut dalam perjalanan ke arah Keratong dan sebaik tiba di lokasi, lampu isyarat sedang berwarna hijau.

"Bagaimanapun mangsa yang dari arah Bahau hendak pulang ke kampungnya di Felda Raja Alias 1, di sini dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah menyebabkan bas berkenaan melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, berikutan itu penunggang motosikal tersebut telah tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, perut dan patah kaki kanan, manakala motosikalnya telah diseret sejauh 60 meter.

"Pemandu serta penumpang bas tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan, bagaimanapun pemandu berkenaan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis meminta agar saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Inspektor Muhammad Imran Sharwandy Suwandi Yazid iaitu Pegawai Penyiasat Trafik di talian 012-6434489 bagi membantu siasatan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28