Penduduk rakam gelagat beruang matahari cuba panjat pagar

Gelagat seekor beruang matahari yang cuba memanjat pagar.
Gelagat seekor beruang matahari yang cuba memanjat pagar.
A
A
A

KUALA NERUS - Gelagat seekor beruang matahari yang cuba memanjat pagar di kawasan perumahan berdekatan Tok Jembal di sini, sempat dirakam seorang penduduk dan tular di media sosial pada Rabu.

Video berdurasi 21 saat itu pada mulanya dikongsi pemilik akaun Ryu Watanabe menerusi laman Facebooknya pada Selasa.

Video berkenaan kemudiannya tular setelah dikongsi oleh sebuah lagi akaun media sosial pada Rabu dengan meraih tontonan lebih 47,000 dan dikongsi sebanyak 39 kali melalui platform berkenaan.

Video tersebut memaparkan aksi seekor beruang yang melintas kawasan rumah sebelum ditemukan terlekat pada pagar rumah berkenaan dipercayai di kawasan sekitar Tok Jembal.

Situasi itu mendapat pelbagai reaksi netizen malah ada yang bersimpati dengan nasib beruang itu kerana telah terpisah daripada habitat semula jadi haiwan tersebut.

Seorang pemilik Facebook dikenali sebagai Mastura Love berkata, cuaca panas ketika ini menyebabkan hidupan liar tersebut keluar dari habitatnya.

"Cuaca panas sekarang ini semua haiwan keluar dari hutan nak cari tempat selesa," ujarnya.

Selain itu, seorang pemilik Facebook bernama Pak Sudir melahirkan rasa simpati terhadap beruang tersebut yang memerlukan tempat baharu untuk didiami.

Artikel Berkaitan:

"Kesian pada beruang... musim kemarau macam ini banyak semak samun terbakar di sekitar Kuala Nerus. Ditambah pula cuaca panas terik dan kering mungkin beruang cari rumah baharu," ujarnya.

Sehingga kini, nasib beruang tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada ia telah kembali ke hutan atau masih tersesat di kawasan penempatan penduduk.

Sinar Harian berusaha mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Gelagat seekor beruang matahari yang cuba memanjat pagar di kawasan perumahan berdekatan Tok Jembal di sini, sempat dirakam seorang penduduk dan tular di media sosial pada Rabu. Video berdurasi 21 saat itu pada mulanya dikongsi pemilik akaun Ryu Watanabe menerusi laman Facebooknya pada Selasa. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #Binatang #Haiwan #Beruang

original sound - Sinar Harian