MyTOWNKL lancar 'Unfolding Raya Wonders'

MyTOWNKL mengalu-alukan pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang unik sepanjang program berlangsung bermula Khamis ini.
MyTOWNKL mengalu-alukan pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang unik sepanjang program berlangsung bermula Khamis ini.
A
A
A

PUSAT beli-belah MyTOWN (MyTOWNKL) tidak ketinggalan dalam memeriahkan suasana sambutan hari raya dengan mengumumkan pelancaran "Unfolding Raya Wonders"

Kali ini MyTOWNKL mengalu-alukan pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah unik dengan membawa pengunjung melangkah ke dunia di mana tradisi bertemu dengan pemodenan.

Pelancaran 'Unfolding Raya Wonders' disempurnakan Pengurus Besar Pusat Beli-belah MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat dan majlis kemudiannya dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan.

Ujar Mohd Azhan, di tengah-tengah sambutan perayaan hari raya terletak semangat kebersamaan, pelita yang menyatukan keluarga, rakan dan masyarakat dalam keharmonian yang meriah.

Pelancaran 'Unfolding Raya Wonders' disempurnakan Pengurus Besar Pusat Beli-belah MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat.
Pelancaran 'Unfolding Raya Wonders' disempurnakan Pengurus Besar Pusat Beli-belah MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat.

"Kami percaya dalam meraikan kepelbagaian dan keterangkuman, Hari Raya Aidilfitri ini adalah masa serta peluang terbaik untuk merangkul dan menghormati tradisi budaya kita," kata Mohd Azhan pada Selasa.

Pelbagai program dan ganjaran ditawarkan kepada pengunjung sepanjang tempoh program berlangsung dan boleh dirujuk di platform digital MyTOWNKL untuk info terkini termasuk Instagram, Facebook, YouTube dan Tik Tok.

Dalam pada itu, Mohd Azhan menjelaskan, MyTOWNKL mengalami peningkatan jualan 8.3 peratus pada tahun lalu dan ini menunjukkan pertumbuhan teguh serta daya tarikan pasaran melalui inisiatif strategik dan kempen pemasaran yang disasarkan.

Artikel Berkaitan:

"Ini sebagai sebahagian daripada komitmen yang berterusan pihak kami dalam menyediakan MyTOWNKL menjadi sebagai satu tempat pertemuan yang pelbagai dan bertenaga kepada pengunjung.

"Kami turut berbesar hati untuk mengalu-alukan Victor by Galaxy Sports, Signature Kitchen, Famous Amos, Bask Bear Coffee dan lebih banyak tambahan kepada senarai peruncit dinamik kami pada bulan-bulan akan datang," ujarnya lagi.

Di samping itu, MyTOWNKL mengambil langkah proaktif untuk menangani cabaran alam sekitar dengan bekerjasama dengan KLEAN App dan TM Unifi dalam memanfaatkan kepakaran kolektif dan memulakan projek kemampanan yang bertujuan mempromosikan amalan mesra alam dalam komunit.

"Kerjasama ini mewakili satu inisiatif penting dalam perjalanan kemampanan yang berterusan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih hijau.

"Sudut Lestari MyTOWNKL kami terletak di pintu masuk barat, basement," tambah Mohd Azhan.