MBSA sumbang RM10,000 kepada Tabung Infak Iftar Ala Madinah

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Madiyan (tengah) bersama Mohd Azhar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Madiyan (tengah) bersama Mohd Azhar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Tabung Infak Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Isnin.

Pemangku Timbalan Datuk Bandar, Madiyan Baweh berkata, objektif sumbangan itu dilakukan adalah untuk membantu pihak Kumpulan Karangkraf menyediakan hidangan berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai.

“Kami pihak MBSA mahu bersama-sama menjadi sebahagian daripada usaha pihak syarikat dalam membuat kebaikan pada bulan Ramadan.

Madiyan
Madiyan

“Saya melihat program ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban masyarakat malah ia merupakan satu inisiatif yang begitu baik dalam mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti.

“Dengan adanya program sedemikian, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan lebih mempelajari nilai-nilai sebenar yang perlu dipraktikkan dalam bulan Ramadan itu berkongsi rezeki,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Madiyan bersama Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin.

Tambah Madiyan, penyertaan MBSA dalam program berkenaan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan syarikat swasta.

Artikel Berkaitan:

“Kita (MBSA) sebagai salah satu agensi paling dekat dengan masyarakat terutama penduduk yang menerima perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), mahu bersama-sama dengan mana-mana syarikat yang mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat untuk orang ramai malah memberi kelebihan kepada MBSA membina hubungan baik dengan syarikat swasta,” ujarnya.

Mohd Azhar
Mohd Azhar

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana agensi atau syarikat untuk melakukan program bersifat kemasyarakatan kerana mahu membina hubungan baik dalam komuniti.

“Sepanjang bulan Ramadan, MBSA ada melakukan program lain tetapi Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 agak istimewa kerana ia dilaksanakan secara besar-besaran sepanjang bulan mulia ini.

“Kalau MBSA, kami mungkin lakukannya dalam masa yang terhad. Jadi dengan adanya program ini, ia benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28