Misteri air sungai tukar warna biru

Penduduk setempat turut menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena aneh itu. - Foto Agensi
Penduduk setempat turut menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena aneh itu. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Penduduk setempat gempar setelah sebuah sungai di China bertukar warna biru.

Rakaman fenomena pelik itu menunjukkan air sungai tersebut seperti diwarnakan berikutan di kawasan arus lebih deras, warnanya kelihatan lebih cerah.

Beberapa penduduk turut menyuarakan kebimbangan dan ada yang percaya kejadian aneh itu mungkin disebabkan pembuangan sisa kimia oleh stesen minyak berhampiran.

"Ia adalah kejadian sebenar dan bukan menggunakan sebarang kesan khas. Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini," ujarnya.

Paling mengejutkan, apabila individu itu kembali semula ke lokasi tersebut, air sungai itu telah bertukar kepada warna asal.

Tidak lama selepas itu, terdapat laporan yang mendakwa pekerja dari syarikat penghantaran ekspres berhampiran telah menuang cat ke sungai itu, namun ia belum disahkan.

Biro Alam Sekitar Ekologi Dongguan dilaporkan sudah meninjau lokasi itu untuk mengambil sampel air tersebut. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: