Iftar Untukmu Mahasiswa perkukuh ukhuwah warga UniKL

Warga pengajar dan pelajar UniKL diraikan sempena program Iftar Untukmu Mahasiswa di kampus universiti tersebut di Bangi, semalam.
Warga pengajar dan pelajar UniKL diraikan sempena program Iftar Untukmu Mahasiswa di kampus universiti tersebut di Bangi, semalam.
A
A
A

BANGI - Buat julung kalinya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkerjasama dengan Sinar Harian menganjurkan Program Iftar Untukmu Mahasiswa di UniKL Malaysia France Institute (UniKL MFI), di sini pada Isnin.

Pengerusinya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali berkata, program yang melibatkan lebih 400 peserta itu dibuat sebagai langkah memperkukuh ukhuwah antara pelajar dan tenaga pengajar di institusi tersebut.

MOHMED PUZI
MOHMED PUZI

"Tahun ini kita selaraskan majlis iftar ini bersekali dengan program Mega Bubur Lambuk bersama 12 kampus di seluruh Semenanjung Malaysia yang dijalankan pagi tadi (semalam).

"Kita mahu lihat kerjasama menerusi kefahaman mahasiswa dan pensyarah sebagai usaha untuk menjaga hubungan baik antara satu sama lain," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Exco Antarabangsa Majlis Perwakilan Mahasiswa, Marques Kassandra Melanie Manuel berkata, program tersebut memberi pendedahan kepada pelajar antarabangsa yang belum mengetahui budaya Islam di Malaysia.

MARQUES KASSANDRA
MARQUES KASSANDRA

Artikel Berkaitan:

"Apabila menyertai aktiviti seperti ini, kami boleh mempelajari cara untuk menghormati dan mengenali tingkah laku yang sesuai ketika berada di dalam majlis agama.

"Selain itu, kebanyakan pelajar sudah terbiasa makan bersama keluarga. Jadi, menerusi program ini dapat mengubati rasa rindu mereka kepada keluarga yang berada di kampung," ujarnya.

MUHAMMAD ARIF DANIAL
MUHAMMAD ARIF DANIAL

Sementara itu, wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (SRC), Muhammad Arif Danial Rosyidi berkata, tanggungjawab sebagai tuan rumah yang menguruskan program tersebut sangat besar dan mencabar.

Bagaimanapun menurutnya, ia merupakan satu pengalaman baharu kerana menguruskan majlis rasmi yang melibatkan kesemua 12 kampus UniKL di Semenanjung Malaysia.

"Walaupun mencabar sebab kali pertama mengendali program besar, tapi saya gembira apabila dapat berkenalan atau berjumpa dengan rakan-rakan dari kampus lain.

"Saya harap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang atau dijadikan sebagai aktiviti tahunan tetapi dengan konsep giliran tuan rumah bertukar-tukar," tambahnya.

Para pelajar UniKL menimba pengalaman baharu melalui program Mega Bubur Lambuk sempena Iftar Untukmu Mahasiswa.
Para pelajar UniKL menimba pengalaman baharu melalui program Mega Bubur Lambuk sempena Iftar Untukmu Mahasiswa.