Lelaki maut ditumbuk warga asing selepas bertengkar

Video tular rakaman insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan, di sini, pada Sabtu lalu. (Gambar kecil: Shahrulnizam)
Video tular rakaman insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan, di sini, pada Sabtu lalu. (Gambar kecil: Shahrulnizam)
A
A
A

PETALING JAYA - Gara-gara terlanggar bahu, seorang lelaki maut ditumbuk lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pusat hiburan, di Sea Park, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 1 pagi apabila mangsa dan suspek berusia 40-an yang tidak mengenali antara satu sama lain pergi ke pusat hiburan tersebut untuk berhibur.

"Suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit selepas terlanggar bahu menyebabkan dia terus melepaskan satu tumbukan.

“Akibat tumbukan itu mangsa terjatuh dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, susulan itu polis menahan lelaki warga asing terbabit bagi membantu siasatan dan direman sehingga 29 Mac ini.

"Rakan mangsa yang terbabit dalam pergaduhan itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: