Penunggang maut rempuh lori rosak tepi jalan

Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang pekerja kilang maut selepas merempuh belakang sebuah lori muatan perabot dalam kemalangan di KM122.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, mangsa Mohd Jafri Mohd Radzi, 23, maut akibat parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu berhenti di lorong kecemasan apabila mengalami kerosakan pada enjin.

"Lori tersebut dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Sungai Dua di sini tetapi sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu mengalami kerosakan pada enjin. Pemandu lori kemudiannya berhenti di lorong kecemasan dan menyalakan lampu kecemasan.

"Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC dari arah sama melanggar bahagian kanan belakang lori tersebut menyebabkan dia terbabas ke tengah jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: