Stoking kalimah ALLAH: Polis terima 178 laporan di seluruh negara

Shamsul Anuar menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama
Shamsul Anuar menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya, setakat ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu ini dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan melaksanakan pemeriksaan di semua premis KK Mart di seluruh negara dan hasil pemeriksaan mendapati KK Mart telah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangan di seluruh negara.

"Namun, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan vendor terlibat bagi pastikan ia tidak berulang lagi. Walaupun permohonan maaf telah dikemukakan pihak KK Mart dan vendor terlibat, KDN akan teruskan siasatan bagi menangani isu ini yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Negara pada Isnin.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, sebanyak 771 kertas siasatan dibuka bagi kes isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) sejak 2020 dengan 71 kes telah dituduh di mahkamah. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!