Influenza boleh jangkiti orang sama berulang kali

Paparan Twitter KKM
Paparan Twitter KKM
A
A
A

SHAH ALAM - Virus influenza boleh menjangkiti atau merebak kepada orang yang mempunyai sejarah penyakit itu berulang kali.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan perkara itu dalam jawapan selepas membuat soalan menerusi undian di akaun rasmi Twitter, KKMPutrajaya.

Kementerian itu memuat naik soalan, 'Virus influenza boleh menjangkiti orang sama berulang kali? Betul atau salah?'

Seramai 1,286 pelayar menyertai undian sejak status itu dimuat naik pagi semalam dan 73.6 peratus mengatakan betul, 19.8 peratus memberitahu tidak pasti, manakala 6.6 peratus menyatakan salah.

KKM kemudian memuat naik status baharu dengan memberitahu jawapan soalan iaitu memang benar influenza boleh menjangkiti orang yang sama berulang kali.

"Tahniah 74 peratus betul, influenza boleh menjangkiti orang yang sama berulang kali. Justeru, kita perlu sentiasa utamakan langkah-langkah pencegahan," tulisnya.

KKM juga mengesyorkan orang ramai untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun terutama kumpulan berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus itu.

Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan terima kasih di atas perkongsian info tersebut dan berharap lebih banyak informasi penting diuar-uarkan mengenai virus berkenaan.

Artikel Berkaitan: