KKDW peruntuk lebih RM50 juta bagi pembangunan KEDA

Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan sempena program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah pada Ahad.
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan sempena program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah pada Ahad.
A
A
A

PENDANG - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM50.7 juta untuk pelaksanaan 25 projek pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek berkenaan termasuk 11 projek prasarana bernilai RM30.5 juta, enam projek ekonomi dan pertanian berjumlah RM8.45 juta, lima projek pembangunan modal insan sebanyak RM8.8 juta dan tiga projek usahawan dengan kos RM2.85 juta.

“KEDA turut memperuntukkan RM11.3 juta melalui sembilan program bantuan ekonomi dan keusahawanan yang memfokuskan kepada peniaga, petani dan usahawan," katanya ketika menyempurnakan program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al- Falah, Felda Sungai Tiang di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid menyantuni pelajar tahfiz dan anak yatim ketika hadir ke program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al- Falah, Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah pada Ahad.
Ahmad Zahid menyantuni pelajar tahfiz dan anak yatim ketika hadir ke program iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al- Falah, Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah pada Ahad.

Dalam majlis sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW menyerahkan geran hak milik rumah PPRT Desa KEDA Teluk Teduri, Baling kepada 11 keluarga melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Turut disampaikan, bantuan bagi Program bantuan Ekonomi dan Keusahawanan KEDA berjumlah RM2.5 juta, RM75,000 kepada Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa-Desa KEDA seluruh negeri Kedah bagi Program Pengimarahan Masjid sepanjang bulan Ramadan dan lima penerima Program Agromakanan RISDA menerima bantuan berjumlah RM 100,000.

Dalam pada itu, bantuan kelengkapan sekolah melalui Program `Welcome to School’ sumbangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kepada 144 murid di Zon Pendang, dengan jumlah RM21,600 turut disampaikan.

Tidak ketinggalan, sumbangan duit raya kepada 100 pelajar tahfiz, anak yatim, ibu tunggal dan guru agama dengan jumlah keseluruhan RM10,000.

Artikel Berkaitan:

Majlis Santunan Kasih Ramadan yang merupakan merupakan lokasi kelapan dari 10 lokasi bagi tahun ini berjaya menarik hampir 2,000 penduduk setempat.

Majlis berikutnya akan diadakan di Kuala Langat, Selangor dan berakhir di Bagan Datuk, Perak.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28