VFive Group peruntuk RM2 juta untuk infak Ramadan

VFive Group menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2024 pada Isnin.
VFive Group menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2024 pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - VFive Group menerusi pertubuhan kebajikannya iaitu Yayasan VFive memperuntukkan RM2 juta bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program infak menerusi agihan sumbangan sepanjang Ramadan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi mengurangkan beban dan penderitaan golongan kurang mampu serta sebagai melaksanakan tanggungjawab kebajikan secara inklusif demi kesejahteraan masyarakat.

"Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah sumbangan 500 pek makanan iftar harian dengan kerjasama JAWI, sumbangan 5,000 set bakul makanan, tajaan iftar Ramadan, edaran bubur lambuk dan bantuan kebajikan meliputi lebih 100 masjid, surau serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Kehadiran Ramadan sebagaimana kita semua sedia maklum, sarat dengan kemuliaan dan keberkatan.

"Justeru, sangat merugikan jika kita tidak mengimarahkannya dengan melakukan amal kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anak yatim dan pelajar tahfiz antara tetamu jemputan Majlis Iftar Perdana 2024.
Anak yatim dan pelajar tahfiz antara tetamu jemputan Majlis Iftar Perdana 2024.

Syarikat berkenaan menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2024 pada Isnin bagi mengeratkan ukhuwah antara warga kerja bersama pemegang taruh dan tetamu jemputan yang terdiri daripada anak yatim serta pelajar tahfiz.

Menurut Mohd Syafiq, menerusi program tersebut pihaknya telah menyalurkan sumbangan Infak Mahabbah Ramadan kepada 14 masjid, surau, pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, sekolah dan NGO sekitar Lembah Klang yang disampaikan dalam bentuk replika cek.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH, semoga apa yang dirancang dan diusahakan pihak VFive Group ini dipermudahkan sekali gus mencapai objektif yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28