Anak Malaysia tawan Switzerland

Tang Jie-Ee Wei (kiri) Soon Huat-Shevon Lai
Tang Jie-Ee Wei (kiri) Soon Huat-Shevon Lai
A
A
A

BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menamatkan badi dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan akhir Terbuka Switzerland Super 300 2022 dan 2023 apabila menjuarai edisi 2024.

Pada aksi akhir di Saint Jakobshalle, Basel, Soon Huat-Shevon Lai memanfaatkan sepenuh pengalaman untuk menjinakkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, straight set 21-16, 21-13 dalam masa 36 minit.

Pada edisi 2023, Soon Huat-Shevon Lai tewas 17-21, 21-19, 17-21 kepada wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam perlawanan akhir.

Edisi 2022 pulawakil Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Lohau menafikan impian Soon Huat-Shevon Lai dengan meraih kemenangan 12-21, 21-18, 21-17.

Ini juga merupakan kejuaraan pertama Soon Huat-Shevon Lai di pentas Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas Kejuaraan Terbuka Singapura pada 2018.

Ini juga pertemuan ketiga antara kedua-dua pasangan ini dengan rekod 1-1, Jepun Masters 2023 - Tang Jie-Ee Wei 16-21, 21-13,21-13 - Terbuka Korea 2023 berpihak Soon Huat-Shevon Lai, 21-16, 21-16.

Sementara itu, acara perseorangan lelaki menyaksikan penguasaan Taiwan, Lin Chun-yi muncul juara selepas menghantar pulang rakan senegara Chou Tien-chen.

Chun-yi yang berstatus nombor 22 dunia bagaimanapun akur tewas 7-21 kepada Tien-chen yang berstatus nombor 15 dunia.

Artikel Berkaitan:

Kekalahan set pertama itu kemudiannya ditebus dengan kebangkitan sensasi 22-20, 23-21 bagi menyingkirkan lawan yang juga

pilihan kelima dalam masa 75 minit.

Pemain nombor lima dunia, Carolina Marin yang juga pilihan pertama dari Sepanyol pula dipaksa berhempas pulas sebelum mengatasi Gregoria Mariska Tunjung.

Carolina bintang nombor lapan dunia menang set pertama 21-19 sebelum lawan mengikat kedudukan set kedua 21-13, namun bintang Sepanyol meneruskan momentum positif apabila untuk menang 22-20 dalam masa 81 minit.

Gandingan dari England, Ben Lane-Sean Vendy pula mencipta kejutan apabila menyingkirkan cabaran wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, straight set.

Ben-Vendy yang berstatus nombor 21 dunia masa 63 minit untuk mengejutkan pasangan nombor sembilan dunia tersebut 24-22, 28-26 dalam acara beregu lelaki.

Sementara itu, Lanny Tria Mayasari-Ribka Sugiarto dari Indonesia menjuarai acara beregu wanita.

Gandingan nombor 32 dunia itu muncul juara selepas menewaskan wakil Taiwan, Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching (nombor 85 dunia), 13-21, 21-16, 21-8 dalam aksi 81 minit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28