89 murid dijangkiti influenza di Johor

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 89 murid dari lapan daerah di negeri ini disyaki dijangkiti influenza.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan berkata, data yang diperoleh setakat jam 1.30 tengah hari tadi, murid di daerah Pasir Gudang paling ramai disyaki influenza iaitu seramai 32 orang diikuti Johor Bahru seramai (24), Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar ( 5), Batu Pahat ( 1) dan Pontian (1).

"Data ini diperolehi dari sekolah melalui ibu bapa yang menghantar anak mendapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan dan swasta.

"Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semua kes tidak melibatkan penutupan kelas atau sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihak sekolah akan bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah jika melibatkan penutupan kelas atau sekolah.

"Setakat ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa tetapi pembersihan kelas perlu dilakukan dengan menggunakan cecair pencuci Dettol.

"JPN sentiasa berhubung dengan Pejabat Kesihatan untuk mendapatkan maklumat atau tindakan lanjut selain memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan murid untuk mengesan murid yang demam."

Artikel Berkaitan:

Tindakan menangani isu influenza
Tindakan menangani isu influenza