'Ini baru permulaan Brazil'

Dorival Junior
Dorival Junior
A
A
A

PENGENDALI baharu Brazil, Dorival Junior menyifatkan kemenangan sensasi 1-0 ke atas England dalam aksi persahabatan di Wembley pada Ahad sebagai satu langkah awal ke arah proses pemulihan karakter pemenang Piala Dunia lima kali tersebut.

Brazil berada di tempat keenam dalam kumpulan kelayakan Amerika Selatan Piala Dunia 2026 selepas kemerosotan dalam prestasi yang menyebabkan Fernando Diniz kehilangan tugasnya sebagai pengendali tahun ini.

"Ya, ini adalah detik yang sangat istimewa, pastinya.

"Hanya beberapa kali pasukan Brazil menang di England yang mesti mengatakan sesuatu tentang kami.

"Tetapi kami tidak boleh melupakan hakikat bahawa ini hanyalah permulaan kerja kami," kata Dorival.

Dorival, bekas pengendali Sao Paulo yang menggantikan Diniz, terpaksa berdepan dengan isu beberapa pemain utama mengalami kecederaan menyaksikan beliau memberikan penampilan sulung kepada lima pemain kesebelasan utamanya menentang England.

"Saya mempunyai banyak kepercayaan pada pemain-pemain.

“Saya mengharapkan lebih banyak lagi daripada pasukan ini, tetapi saya fikir ini menunjukkan apa yang kami mampu untuk ke hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Gol kemenangan Brazil diledakan pada minit ke-80 oleh pemain gantian berusia 17 tahun, Endrick yang menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam perlawanan antarabangsa senior di Wembley.

Dorival ketika ditanya mengenai Endrick, yang akan menyertai Real Madrid dari Palmeiras pada Julai berkata: Jika dia mengekalkan sikap yang ditunjukkannya sehingga kini, dia akan menjadi nama yang sangat penting dalam bola sepak Brazil dan bola sepak dunia,"

Dalam pada itu, jelasnya, beliau memilih untuk menurunkan Endrick daripada bangku simpanan berbanding Richarlison yang lebih berpengalaman kerana pemain Tottenham Hotspur itu masih memulihkan prestasinya selepas mengalami kecederaan.

Ujian seterusnya untuk angkatan Dorival pada Rabu apabila Brazil menentang Sepanyol di Madrid.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28