Pancing ikan dapat buaya di tasik

Buaya sepanjang 1.2 meter yang ditangkap nelayan di Tasik Norris, Tennessee. - Agensi
Buaya sepanjang 1.2 meter yang ditangkap nelayan di Tasik Norris, Tennessee. - Agensi
A
A
A

MAYNARDVILLE - Seorang nelayan yang sedang memancing ikan di tasik di timur laut Tennessee secara tidak sengaja terpancing seekor buaya sepanjang 1.2 meter yang disangkakan seekor ikan besar, lapor AP.

Agensi Sumber Hidupan Liar Tennessee berkata, pegawai hidupan liar Union County, Rick Roberts mendapat panggilan daripada seorang pemancing yang memaklumkan mendapat hasil tangkapan luar biasa di Tasik Norris.

Apabila Roberts tiba di tasik itu, dia melihat pemancing itu telah mengikat kaki buaya ke belakang kepala dan memberitahu pegawai itu dia hanya menggunakan umpan tiruan apabila tiba-tiba reptilia membaham umpannya.

Sebenarnya buaya yang ditangkap itu bukan berasal di Tennessee dianggap spesies hidupan luar Kelas 1, reptilia paling merbahaya kepada manusia.

Bagaimanapun, pegawai hidupan liar percaya bahawa buaya ini bukanlah spesis liar dan ia berkemungkina terlepas dari ladang penternakan berlesen.

Justeru, buaya itu dibawa ke Little Ponderosa Zoo and Rescue, sebuah kemudahan yang menempatkan haiwan eksotik di Clinton, Tennessee.

"Walaupun asal usul buaya ini tidak jelas, kami akan mengurungnya buat sementara waktu sebelum melepaskannya dalam Tasik Norris," Penyelaras Komunikasi Serantau, Matthew Cameron. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: