Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang

Penampakan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam. Foto: Perhilitan Selangor
Penampakan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam. Foto: Perhilitan Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.

Sehubungan itu, pihaknya menjalankan operasi memasang perangkap buaya yang dianggarkan berukuran lima hingga enam kaki.

"Tasik ini berhampiran dengan penempatan dan kawasan popular untuk pemancing.

Perhilitan Selangor sedang menjalankan operasi pemasangan perangkap buaya.
Perhilitan Selangor sedang menjalankan operasi pemasangan perangkap buaya.

“Seramai 20 anggota Perhilitan Selangor terlibat dalam operasi tangkapan ini yang menggunakan umpan daging ayam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai menampakkan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam terutamanya penduduk apartment Saujana berhampiran tasik berkenaan.

Justeru, Perhilitan Selangor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan sebarang aktiviti di kawasan tersebut.

“Sehingga kini, kami masih membuat pemantauan di sekitar tasik sehinggalah buaya ini berjaya ditangkap,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!