Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim: PM merafak sembah tahniah kepada Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada Sabtu.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau dan rakyat negara ini akan terus memberikan ketaatan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.

"Mendoakan ke hadrat Allah semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan," menurut catatan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: