Serangan keganasan Moscow: Semua rakyat Malaysia selamat

Pegawai perubatan dan pihak berkuasa dilihat di luar Dewan Bandaraya Crocus berikutan insiden tembakan di Krasnogorsk, di luar Moscow pada Jumaat. Foto AFP/ Moskva News Agency
Pegawai perubatan dan pihak berkuasa dilihat di luar Dewan Bandaraya Crocus berikutan insiden tembakan di Krasnogorsk, di luar Moscow pada Jumaat. Foto AFP/ Moskva News Agency
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di sana selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, pada Jumaat.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi.

"Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha yang bersepadu di peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan." katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, berlaku serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow sehingga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih daripada 145 orang lain.

Tambah kenyataan itu, Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: