RM11 juta bayaran khas imam, JKKK dan golongan miskin

Kerajaan Pahang memperuntukkan kira-kira RM11 juta sebagai bayaran khas kepada golongan miskin, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan iman di seluruh negeri ini. - Foto Media Pahang
Kerajaan Pahang memperuntukkan kira-kira RM11 juta sebagai bayaran khas kepada golongan miskin, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan iman di seluruh negeri ini. - Foto Media Pahang
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan kira-kira RM11 juta sebagai bayaran khas kepada golongan miskin, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan imam di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu diberikan berdasarkan keadaan ekonomi negeri semakin baik dan hasil projek serta program khas yang dilaksanakan sebelum ini.

Menurutnya, hasil daripada perolehan itu akan dikembalikan kepada rakyat menerusi pembayaran khas yang telah diputuskan oleh kerajaan Pahang.

"Seramai 542 JKKK akan menerima bayaran 'one off' sebanyak RM5,000 dengan keseluruhan peruntukan RM2.71 juta.

"Kira-kira 1,036 imam- imam kariah juga menerima bayaran khas ini sebanyak RM1,000 seorang kos keseluruhan sebanyak RM1.036 juta.

"Seramai 25,000 golongan miskin termasuk ibu tunggal dan warga emas kategori miskin akan menerima RM300 seorang dengan anggaran peruntukan RM7.5 juta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang turut memperuntukkan kira-kira RM10 juta hingga RM12 juta bagi membina projek takungan air di Lipis bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air di daerah itu.

Artikel Berkaitan:

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail

"Jadi, dalam hal ini kerajaan Pahang akan mengenalpasti lain-lain lokasi yang dirasakan sesuai untuk membina projek takungan air,” katanya.

Selain itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga bercadang untuk memperkenalkan kad kesihatan khas kepada warga emas di negeri ini dengan anggaran kos keseluruhan RM10 juta.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan Pahang juga akan membina 84 unit rumah untuk rakyat yang memerlukan (miskin) di negeri ini.

"Pembinaan rumah ini dianggarkan berjumlah RM5 juta selain turut mengkaji pelaksanaan Skim Perumahan Rakyat bagi golongan B40," katanya.