'Tak perlu bazir masa hadap jalan raya sesak'

Suasana Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 yang dipenuhi dengan pengunjung pada Khamis.
Suasana Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 yang dipenuhi dengan pengunjung pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk menikmati juadah berbuka dengan tenang dan selesa tanpa memikirkan kesesakan lalu lintas yang perlu dihadapi pada waktu puncak.

Rata-rata pengunjung mengakui program yang berlangsung di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 itu, memberi manfaat dari segi menjimatkan masa dan tenaga kepada mereka yang bekerja jauh dari tempat kediaman.

Pegawai penilai institusi swasta, Wan Azrul Affendi Abu Seman, 33, berkata, dengan adanya penganjuran majlis tersebut, dia tidak perlu tergesa-gesa menyediakan makanan atau pergi ke bazar Ramadan untuk membeli hidangan yang diperlukan.

Wan Azrul Affendi
Wan Azrul Affendi

“Macam sekarang saya bekerja di Shah Alam dan rumah pula di Klang. Jadi kalau hendak balik itu, memang membazir masa tambah lagi kena hadap jalan raya sesak.

“Berbuka di Karangkraf ini juga memang senang sebab kita duduk, petugas datang beri makanan percuma. Memang banyak kesenangan daripada kesusahan

“Menjimatkan kos makanan juga salah satu dari sebabnya. Tetapi, apa lebih penting adalah kita boleh berbuka puasa beramai-ramai, kemeriahan itu yang tidak ada dijual di bazar,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 mengambil juadah kuih-muih yang disediakan.
Sebahagian pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 mengambil juadah kuih-muih yang disediakan.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Program anjuran Kumpulan Karangkraf itu dijadualkan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Pengunjung hanya perlu duduk dan petugas akan memberi makanan secara percuma.
Pengunjung hanya perlu duduk dan petugas akan memberi makanan secara percuma.

Dalam pada itu, eksekutif syarikat swasta, Rabiatul Adawiyah Hanafia, 29, berkata, program berkenaan juga merupakan platform terbaik untuk mengimarahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini.

“Kita lihat penganjuran program ini sesuatu yang baik kerana bukan mudah untuk semua berkumpul terutama sekarang ini ada yang sibuk bekerja, belajar dan sebagainya tetapi menerusi Iftar Ala Madinah@Karangkraf ini kita dapat meluangkan masa berbuka sama-sama.

Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah

“Ini kali pertama kami cuba berbuka di Dataran Karangkraf ini, dan bagi saya ini memang pengalaman terbaik kerana ia mengumpulkan semua lapisan masyarakat terutamanya dalam bulan Ramadan ini,” ujarnya.

Sementara itu, mahasiswa institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Nabil Luqman Abdul Latif, 23, berkata, penganjuran program tersebut perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ia menerapkan nilai silaturahim yang baik kepada semua golongan terutamanya kepada generasi muda.

Nabil Luqman
Nabil Luqman

“Bagi saya, susah untuk kita meluangkan masa, lagipun memandangkan kami pelajar tahun akhir, jadi masing-masing sudah sibuk dengan hal sendiri.

“Jadi bila berbuka beramai-ramai seperti ini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim kita. Pada masa yang sama, boleh ikuti balik perkembangan sahabat-sahabat kita,” jelasnya.

Anggota bomba turut menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024.
Anggota bomba turut menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024.

Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari.
Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari.

Kehadiran pengunjung yang menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Khamis.
Kehadiran pengunjung yang menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Khamis.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28