MGB Berhad peroleh kontrak RM207.3 juta bagi projek di Puchong

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Syarikat pembangunan hartanah (MGB Berhad) melalui anak syarikatnya MGB Construction & Engineering Sdn Bhd telah menerima surat lantikan bernilai RM207.30 juta daripada Anuar Aziz Architect bagi pihak Astana Modal Sdn Bhd untuk projek pembangunan di Puchong, di sini.

Kontrak itu terbahagi kepada dua fasa pembangunan di mana Kontrak Fasa satu terdiri daripada satu blok 34 tingkat dengan 608 unit pangsapuri perkhidmatan, satu blok podium tujuh tingkat (Podium satu), satu blok podium kemudahan enam tingkat, satu unit ruang sampah dan satu unit pondok pengawal.

Fasa dua pula terdiri daripada satu blok 29 tingkat dengan 391 unit pangsapuri perkhidmatan dan satu blok podium 6 tingkat (Podium dua).

No Image Caption



Pembinaan projek pembangunan ini dijangka bermula pada 1 Jun depan bagi Fasa satu manakala untuk Fasa dua, projek akan bermula pada 2 Februari 2025, masing-masing untuk tempoh 27 bulan dan 24 bulan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan perbandaran D’Island Residence oleh LBS Bina Group Berhad dan untuk pembangunan ini, MGB akan menggunakan panel konkrit pratuang IBS yang dihasilkan di kilangnya di Nilai.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Ir. (Dr) Lim Hock San, berkata, melalui kontrak tersebut, buku pesanan tertunggak syarikat telah meningkat kepada RM1.27 bilion, manakala bagi segmen pembangunan hartanah, pembangunan syarikat mempunyai anggaran GDV sebanyak RM 1.21 bilion.

No Image Caption



“Ini merupakan kontrak pertama bagi tahun 2024 yang akan memberikan kami pendapatan kukuh dan stabil sehingga tahun 2027. Dalam usaha untuk meningkat dan mengekalkan buku pesanan tertunggak kami, MGB akan menggunakan kepakaran dan pengalaman yang diperoleh daripada pembuatan panel konkrit pratuang IBS, yang dimulakan pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan:


“Inisiatif ini disokong oleh teknik dan kaedah pembinaan yang selaras dengan usaha kami untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan. MGB peka dan optimis untuk melangkah ke hadapan selain berhasrat untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada melalui kemajuan teknologi di samping meneroka peluang baharu bagi memenuhi permintaan serta piawaian industri untuk pelanggan kami,”katanya.