ST, SME Corp tandatangani MoU perluas kerjasama program pembangunan

Abdul Razib (kiri) berjabat tangan bersama Rizal (kanan) selepas selesai tandatangani MoU di Bangunan Berlian ST pada Khamis.
Abdul Razib (kiri) berjabat tangan bersama Rizal (kanan) selepas selesai tandatangani MoU di Bangunan Berlian ST pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Tenaga (ST) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SME Corp Malaysia (SME Corp) sebagai usaha memperluas dan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya melibatkan program pembangunan.

MoU tersebut merangkumi kerjasama melibatkan pelaksanaan aktiviti bersama bagi program-program pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan perkongsian maklumat kepada pemegang taruh bagi memastikan polisi serta inisiatif-inisiatif yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara efektif.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razib Dawood berkata, pemeteraian MoU itu diharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak memperkasakan inisiatif program lain yang membabitkan penggunaan tenaga dan elektrik.

“ST sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara berharap supaya pemeteraian MoU ini akan dapat meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua belah pihak terutamanya yang melibatkan program pembangunan PMKS, yang turut merangkumi program-program kesedaran kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berpaip di kalangan PMKS,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, aspek pengurusan tenaga merupakan antara petunjuk asas dalam menilai amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di kalangan PMKS.

Beliau menjelaskan, ia berdasarkan Panduan Pantas ESG untuk PMKS yang telah dilancarkan pada 5 Februari tahun ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“SME Corp sebagai Agensi Penyelaras Pusat dalam pembangunan PMKS boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai program berkaitan kecekapan tenaga menerusi kementerian dan agensi yang terlibat,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

MoU tersebut ditandatangani oleh Abdul Razib selaku wakil ST manakala SME Corp pula diwakili oleh Rizal di Bangunan Berlian ST pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28