Singapura laksana misi gugur bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza

Bungkusan bantuan kemanusiaan yang dilampirkan pada payung terjun diturunkan dari pesawat tentera di atas Kota Gaza. Foto AFP
Bungkusan bantuan kemanusiaan yang dilampirkan pada payung terjun diturunkan dari pesawat tentera di atas Kota Gaza. Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Singapura berjaya melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan pertamanya ke Gaza pada Rabu, sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga bantuan kemanusiaan negara itu ke kawasan konflik.

Dalam hantaran di Facebook, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berkata, misi menggugurkan bantuan itu menggunakan pesawat pengangkut C-130 milik RSAF yang dijalankan dengan kerjasama rapat Tentera Udara Jordan.

"Kami berharap misi menggugurkan bantuan ini akan membawa sedikit kelegaan kepada situasi kemanusiaan di Gaza," menurut RSAF.

Pakej kemanusiaan Singapura mengandungi pek makanan dan bekalan kritikal termasuk peralatan perubatan.

Pakej bantuan kemanusiaan digugurkan semasa misi jejambat di Semenanjung Gaza. Foto AFP
Pakej bantuan kemanusiaan digugurkan semasa misi jejambat di Semenanjung Gaza. Foto AFP

Kenyataan bersama oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan berkata kerajaan Singapura menyediakan pakej kemanusiaan itu dengan kerjasama kerajaan Jordan bagi memastikan sejajar dengan keperluan khusus di lapangan di negara berkenaan.

Penglibatan proaktif Singapura dalam menyalurkan bantuan kepada Gaza menekankan dedikasinya terhadap prinsip kemanusiaan dan kesediaannya untuk menyumbang kepada usaha bantuan antarabangsa di zon konflik. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: