Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan perlu dikaji

Beverly Joeman (tiga kanan) pada sidang akhbar membantah cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.
Beverly Joeman (tiga kanan) pada sidang akhbar membantah cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat Sabah membantah cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan kerana ianya akan menjejaskan hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Wakil Tanak Kadazan Malaysia, Beverly Joeman berkata, Sabah mempunyai hubungan khusus dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, hak-hak kedaulatan negeri Sabah telah diiktiraf.

“Pindaan yang dicadangkan harus memastikan bahawa hak-hak Sabah dikekalkan dan tidak terjejas oleh perubahan undang-undang kewarganegaraan,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Beliau demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang mahu menyelesaikan masalah kedatangan warga asing di Sabah menerusi pindaan yang akan dibuat.

Joeman berkata, sebagai Orang Asal negeri itu pihaknya bimbang kerana pindaan ini secara amnya akan turut menjejaskan status Orang Asal dan warga Sabah tanpa dokumen yang menghadapi risiko tinggi untuk berstatus stateless di tanah asal sendiri.

Sebahagian aktivis dan wakil NGO yng hadir pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sebahagian aktivis dan wakil NGO yng hadir pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pengasas Advocates for Non-Discrimination and Acces to Knowledge (ANAK), Mary Anne K.Baltazar berkata, pihaknya walau bagaimanapun menyokong dua pindaan yang akan memberi ibu-ibu warga Malaysia hak yang sama untuk menurunkan kewarganegaraan secara automatik kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara, seperti para bapa warga Malaysia juga.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kesan daripada pindaan undang-undang berkenaan juga akan menyebabkan bayi yang ditinggalkan perlu memohon kewarganegaraan selain mereka terpaksa hidup tanpa negara, tidak keperluan asas seperti pendidikan dan kesihatan

“Pindaan akan menyingkirkan perlindungan ini dan seterusnya menafikan kewarganegaraan kepada lebih ramai orang.

“Pada masa yang sama penurunan umur kewarganegaraan daripada 21 ke 18 tahun juga menyebabkan individu ini kehilangan cara untuk mendapatkan kewarganegaraan dan juga hak-hak-hak asas,” ujarnya.

Mary Anne berkata, keempat jika sebelum ini kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang asal dengan kad penduduk tetap Malaysia boleh mendapatkan kewarganegaraan.

“Selepas ini cadangan pindaan ini ini akan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak hidup tanpa warganegara kerana ibu bapa mereka hanya penduduk tetap,” katanya.

Sementara itu, Aktivis Hak Kewarganegaraan, Wong Kueng Hui berkata, pihaknya mahu Kerajaan Persekutuan dan negeri berbincang bagi merangka undang-undang kewarganegaraan yang adil dan inklusif.

“Dialog terbuka dan berterusan perlu diadakan untuk memastikan keperluan semua pihak diambil kira dengan kerajaan menggunakan pendekatan ihsan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28