Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC

Setiausaha politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menziarah Ali XPDC (tengah) di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor semalam. Foto FB Anwar Ibrahim
Setiausaha politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menziarah Ali XPDC (tengah) di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor semalam. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.

Sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah penyanyi itu di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor semalam.

Ahmad Farhan (kiri) mewakili Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail (tengah) yang menderita masalah paru-paru. Foto FB Anwar Ibrahim
Ahmad Farhan (kiri) mewakili Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail (tengah) yang menderita masalah paru-paru. Foto FB Anwar Ibrahim

"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-ALLAH," kata Anwar menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook pada Rabu.

Anwar berkata, beliau juga difahamkan Mohd Ali sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku yang diusahakan isterinya, yang boleh dihubungi di talian 011-70700885.

Mohd Ali (kiri) sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku yang diusahakan isterinya. Foto FB Anwar Ibrahim
Mohd Ali (kiri) sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku yang diusahakan isterinya. Foto FB Anwar Ibrahim

Sebelum ini media tempatan melaporkan Mohd Ali, 56, pernah diserang penyakit angin ahmar dua tahun lepas. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: