Sila log masuk terlebih dahulu.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik

09 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Berita Mojo 9 Disember 2023

Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang berpenyakit sindrom Down, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Lebih memilukan lagi, doktor mengesahkan Puteri Sumayyah Humairah Che Amirul yang berusia 18 bulan menghidap penyakit paru-paru kronik sekali gus memerlukan pasangan itu berulang-alik ke hospital dengan lebih kerap.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Puteri Siti Noraishah Md Saat, 30, berkata, setiap bulan dia dan suami Che Amirul Anuar, 36, perlu ke hospital sekurang-kurang empat kali untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapat rawatan.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/638856/edisi/kelantan/jual-nasi-lemak-rm1-demi-anak-hidap-sindrom-down-paru-paru-kronik

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini