Permulaan meyakinkan Hon Jian-Haikal Nazri di Switzerland

Haikal Nazri-Hon Jian
Haikal Nazri-Hon Jian
A
A
A

JUARA Orleans Masters Super 300, Choong Hon Jian-Mohd Haikal Nazri menyingkap Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel, dengan langkah kanan.

Hon Jian-Haikal mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Algeria, Kociela Mammeri-Youcef Medel 21-14, 21-10 dalam masa 25 minit bagi menempah gelanggang bagi pertemuan dengan Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-nga (Thailand).

Satu lagi beregu lelaki negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong juga mara selepas mengatasi wakil Mexico, Job Castillo-Luis Montoya Navarro 21-8, 21-18 (27 minit), bagi menempah pertarungan berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Satu lagi beregu negara, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi juga mara selepas menang straight set ke atas beregu dari Denmark, Andreas Sondergaard-Jesper Toft 21-19. 21-18 dalam aksi 38 minit.

Arif Junaidi-Roy King akan berdepan pilihan keenam gandingan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjinakkan beregu dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

Biarpun begitu Wei Chong-Kai Wun terpaksa akur kehebatan Fang Chih-Fang Jen 20-22 apabila dijinakkan lawan pada set pertama.

Set kedua, Wei Chong-Kai Wun tampil lebih agresif untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-11 sebelum mengesahkan kemaraan dengan 21-19 dalam aksi 63 minit.

Beregu sensasi negara, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani yang merupakan pilihan ketujuh turut mengesahkan kemaraan berdepan wakil dari Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Sze Fei-Izzuddin diberikan tentangan sengit wakil dari Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura, 22-20 21-18 dalam aksi 36 minit.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei terpaksa menarik diri pada set kedua ketika kedudukan 3-3 selepas mengalami kecederaan.

Set pertama June Wei tewas 16-21 kepada pemain Austria, Collins Filimon dalam aksi Kelayakan Pusingan 16.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membuka gelanggang berdepan pemain Taiwan, Su Li Yang.

Leong Jun Hao pula akan bertarung dengan pemain pilihan ketujuh dari India, Lakshya Sen.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga pilihan kelapan akan berdepan Kenneth Zhe Hooi Choo-Gronya Somerville dari Australia.

Gandingan Yap Roy King-Valeree Siow pula berdepan beregu dari India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath.

Chen Tan Jie-Toh Ee Wei akan diuji keampuhan gandingan Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica dari Singapura.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menentang Chan Peng Soon- Cheah Yee See.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28