Isu kalimah ALLAH: ADUN pembangkang sokong tindakan Dr Akmal

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

MELAKA - Biarpun berbeza parti, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof menyatakan pendirian menyokong tindakan Ketuai Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam isu kalimah ALLAH.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Armada Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, individu itu tidak keseorangan dalam mempertahankan isu kalimah ALLAH termasuk pihaknya juga tidak teragak-agak untuk bersama menyokong tindakan sayap UMNO dalam menangani isu berkenaan.

"Jika DAP dan MCA boleh bersatu maka kita Armada Bersatu juga boleh bersama dengan Pemuda UMNO Malaysia dalam hal ini.

"Sebagai rakan ADUN di Melaka saya ingin beritahu bawah kamu tidak keseorangan memperjuangkan isu ini lebih-lebih lagi insiden ini berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tambahnya, umat Islam di negara ini telah banyak bertolak ansur dalam isu membabitkan kalimah ALLAH, namun kali ini sewajarnya bertegas dan mereka yang menjadi punca patut diambil tindakan.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung MCA, Ching Sin Won menggesa Ketua Pemuda UMNO itu tidak memperbesarkan isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH.

Manakala Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming menyifatkan tindakan individu itu akan memudaratkan dan memberi kesan kepada UMNO selain akan mencetuskan sentimen perkauman dan agama.

Artikel Berkaitan: