‘Ada ancaman termasuk bakar kilang kami’ - Syarikat pengedar stoking

Polis menjalankan siasatan ke atas kilang berkenaan di kawasan perindustrian Sri Gading pada Selasa.
Polis menjalankan siasatan ke atas kilang berkenaan di kawasan perindustrian Sri Gading pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd mendedahkan terdapat pihak mengugut untuk membakar kilang mereka.

Xin Jian Chang Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, ia susulan syarikat tersebut terpalit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah ALLAH SWT.

"Ada ancaman keganasan, termasuk membakar kilang kami dan membahayakan nyawa.

“Data peribadi pegawai syarikat seperti alamat kediaman juga dibocorkan di media sosial.

"Susulan itu, kami mohon rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan menahan diri daripada terbabit dalam sebarang bentuk keganasan.

“Perkara ini kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berdasarkan undang-undang," katanya.

Pada Isnin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH SWT di kedai serbaneka KK Super Mart, yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 42 laporan polis diterima di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Super Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah ALLAH SWT di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya sebelum tular di media sosial.

Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mengesahkan kehadiran pihak polis ke kilang berkenaan di Batu Pahat, Johor pada Selasa.

Ujarnya, pihaknya akan terus membantu dalam siasatan polis mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kami memahami situasi ini dan kepentingan untuk mengekalkan harmoni serta saling menghormati dalam kalangan komuniti.

“Kami komited untuk menegakkan nilai-nilai ini dalam semua aspek operasi perniagaan kami," jelasnya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan melaksanakan langkah-langkah kawalan kualiti yang lebih ketat untuk mengelakkan kejadian sama di masa depan.

"Kami sudah menghubungi pembekal di China untuk mendapatkan penjelasan dan mereka mengaku bahawa stoking yang bermasalah dimasukkan dalam pembelian kami secara tidak sengaja.

"Kami sedang mengkaji tindakan undang-undang untuk diambil ke atas pembekal kerana kelalaian mereka dalam menangani pesanan kami," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

‘Ada ancaman termasuk bakar kilang kami’ - Syarikat pengedar stoking #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Stoking #ALLAH #Kilang #Ugut #Bakar

Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo