Shawn Rivera umum cerai dengan Jaclyn Victor

Shawn Rivera membuat pengumuman penceraian di Facebooknya.
Shawn Rivera membuat pengumuman penceraian di Facebooknya.
A
A
A

PENYANYI, Jaclyn Victor disahkan bercerai dengan suaminya juga vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, Shawn Rivera.

Berita duka itu disampaikan sendiri oleh Shawn, 48, menerusi perkongsian di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, mereka telah mencuba yang terbaik namun hakikat perlu diakui tinggal berjauhan dalam tempoh cukup lama membuatkan sukar untuk menyesuaikan diri.

Meskipun berpisah, mereka tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa selain mahu mendidik dua anaknya, Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera membesar dengan baik.

“Apapun yang berlaku antara saya dan Jac (Jaclyn), saya tetap menyayangi mereka. Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini," tulisnya.

Penyanyi berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu berkata, bukan mudah bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah bagaimanapun berharap semua pihak supaya menghormati situasi mereka ketika ini dan meminta agar masing-masing tidak diganggu.

Jaclyn Victor, 41, merupakan Juara Malaysian Idol 2004 mendirikan rumah tangga dengan Shawn di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: