Mesyuarat Jawatankuasa Parlimen perlu lebih terbuka kepada umum

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Parlimen perlu lebih terbuka kepada media dan masyarakat awam untuk membincangkan perkara yang menjadi kebimbangan umum.

Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) dalam satu kenyataan berkata, dengan menjemput pakar dan profesional daripada sektor swasta dalam memberikan pandangan dan penjelasan khusus mengenai isu semasa, ia akan terus memperkukuh institusi Parlimen sebagai badan legislatif.

“Mesyuarat Jawatankuasa Parlimen menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC) perlu dibuka kepada orang ramai supaya masyarakat dan media boleh hadir untuk mengikuti prosiding itu sebagai pemerhati.

“Jika Parlimen atau badan perundangan negeri mempertimbangkan perkara sensitif, perlu ada rundingan terlebih dahulu dengan kumpulan berkaitan sebelum membawa perkara ini ke badan legislatif.

“Malaysia perlu mengamalkan perbincangan bersama kumpulan berkepentingan untuk memberi input dan pendapat kepada ahli Parlimen menerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang berkaitan,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan, Ketua Audit Negara berkata, prestasi kewangan setiap kementerian dan agensi perlu dibentang kepada PAC untuk semakan terperinci serta dimaklumkan kepada orang ramai tentang peruntukan operasi setiap jabatan kerajaan.

Menerusi laporan tersebut, jika berlaku sebarang kerugian kewangan berkaitan agensi kerajaan, mereka perlu memberi penjelasan terperinci kepada ahli Parlimen.

Mengulas lanjut, menurut PAC, Ketua Audit Negara perlu bertanggungjawab untuk memeriksa perbelanjaan setiap kementerian dan agensi bagi memastikan mereka mematuhi Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, dengan menjalankan semakan kewangan kementerian, ia dapat membendung masalah ketirisan dan pembaziran.

“Juruaudit akan meneliti sama ada ketua jabatan perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan pengurusan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!