Indonesia umum keputusan rasmi pilihan raya di 33 wilayah

Hasyim membacakan keputusan pilihan raya semasa mesyuarat pleno untuk merumuskan semula keputusan pengiraan undi peringkat nasional, di Jakarta, Indonesia. Foto EPA
Hasyim membacakan keputusan pilihan raya semasa mesyuarat pleno untuk merumuskan semula keputusan pengiraan undi peringkat nasional, di Jakarta, Indonesia. Foto EPA
A
A
A

JAKARTA - Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia telah mengumumkan keputusan rasmi pengiraan undi untuk pilihan raya umum (Pemilu) 2024 di 33 daripada 38 wilayah, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Jawa Barat, Papua, Papua Pegunungan, Barat Daya Papua, Maluku adalah antara wilayah yang belum diumumkan,” kata Pengerusi KPU Hasyim Asy'ari pada lewat Ahad.

Keputusan pengundian semula Pemilu yang dilaksanakan di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dari 9 hingga 10 Mac juga akan diumumkan.

Indonesia mengadakan pilihan raya umum 2024 pada 14 Februari untuk memilih wakil badan perundangan di peringkat nasional dan wilayah selain daripada Presiden dan Naib Presiden.

Tiga gandingan calon untuk presiden dan naib presiden adalah Anies Baswedan, bekas Gabenor Jakarta, di samping Muhaimin Iskandar, bekas Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi.

Calon lain adalah Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, Datuk Bandar Solo dan anak sulung Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka dan juga bekas Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo bersama bekas Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Mahfud MD.

Keputusan rekapitulasi di peringkat wilayah menunjukkan gandingan Prabowo-Gibran mendahului dengan 76,888,902 undi, diikuti Anies-Muhaimin dengan 31,118,204 undi dan Ganjar-Mahfud di belakang dengan 23,461,344 undi. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: