Marin Pilj tonggak import terakhir TFC

Marin Pilj. Foto Instagram officialterengganufc
Marin Pilj. Foto Instagram officialterengganufc
A
A
A

PEMAIN tengah dari Croatia, Marin Pilj diumum sebagai tonggak import terakhir pasukan Terengganu Football Club (TFC) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, pemain berusia 27 tahun itu menjadi pilihan ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner untuk berganding bersama Nurillo Tukhtasinov, Manuel Ott dan Akram Mahinan.

Beliau berkata, kehadiran Pilj selama satu musim di Darul Iman adalah bagi mengisi kuota import bebas yang turut diisi oleh Ismaheel Akinade, Matthew Steenvorden dan Ivan Mamut.

"Pilj adalah pendatang baharu di Malaysia (Liga M). Beliau sebelum ini beraksi bersama pasukan Olimpija Ljubljana di Liga Crotia. Kehadiran Pilj secara rasminya melengkapkan barisan skuad Penyu musim ini.

"TFC mempunyai harapan penuh agar beliau (Pilj) dapat memperkemaskan jentera tengah TFC dan membantu pasukan mencapai sasaran menjulang satu piala musim 2024/2025," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Pilj yang bakal menyarung jersi nombor 60 berkata, beliau akan berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan corak permainan di Liga M.

Beliau juga bertekad untuk mencipta nama dan rekod cemerlang dengan menghadiahkan piala untuk musim pertamanya di TFC.

Selain Pilj, TFC turut merekrut enam lagi tonggak pemain import termasuk Mamut (Crotia), Steenverdon (Belanda), Akinade (Nigeria), Ott (Filipina), Tukhtasinov (Uzbekistan) dan Argzim Redzovic (Montenegro).

Artikel Berkaitan:

Pemain tempatan baharu yang dibawa masuk musim ini pula ialah Akram, Muhammad Safawi Rashid dan Akhyar Rashid yang dipinjamkan oleh kelab gergasi negara, Johor Darul Ta'zim (JDT). - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!