Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis rebah di hospital

Yussainie - Foto Bernama
Yussainie - Foto Bernama
A
A
A

KANGAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis, Yussainie Yahya yang dilaporkan rebah semalam ketika mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yussainie, 40, kini diletakkan di bawah pemantauan doktor di HTF dan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat.

Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan kesihatan Yussainie.

Selain itu, Pas Perlis meminta orang ramai untuk tidak menziarahi Yussainie buat masa ini bagi menghormati permintaan ahli keluarganya dan membolehkan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis itu mendapatkan rehat secukupnya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mendoakan agar beliau segera pulih.

Sebelum ini, Shukri pernah dikejarkan ke HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU) berikutan beliau rebah ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Muafakat Perdana Nasional di Dewan 2020, Kangar pada September tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: