GPMS Kuala Kedah mohon sumbangan Tabung Kasihnya Ramadhan

Amirul Syahir
Amirul Syahir
A
A
A

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Kuala Kedah melancarkan Tabung Kasihnya Ramadhan 1455H/2024 untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.

Yang Dipertuanya, Amirul Syahir Musa berkata, sejajar dengan pelancaran tabung berkenaan mereka mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menjayakan beberapa program yang telah diatur.

"Antara program terbabit adalah singgah sahur, majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan asnaf, sumbangan baju raya dan sumbangan Ramadan serta Syawal," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0210041100107237 atas nama GPMS Kuala Kedah.

"Tempoh pengumpulan dana agak terhad memandangkan kita hanya ada beberapa minggu lagi sebelum menyambut Syawal.

"Oleh yang demikian, kita harap sumbangan daripada NGO, orang perseorangan atau syarikat dapat membantu kita merealisasikan semua program yang dirancang demi keselesaan mereka yang memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28