MyWATCH cadang RCI kesihatan ditubuhkan

RCI mengenai kesihatan perlu ditubuhkan perlu dilakukan terutamanya selepas pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan berhubung pengguguran peruntukan generasi penamat (GEG) daripada undang-undang untuk mengawal merokok. Gambar hiasan
RCI mengenai kesihatan perlu ditubuhkan perlu dilakukan terutamanya selepas pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan berhubung pengguguran peruntukan generasi penamat (GEG) daripada undang-undang untuk mengawal merokok. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kesihatan ditubuhkan.

MyWATCH dalam satu kenyataan berkata, ia perlu dilakukan terutamanya selepas pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berhubung pengguguran peruntukan generasi penamat (GEG) daripada undang-undang untuk mengawal merokok.

Katanya, isu tersebut memberi kesan kepada tiga perkara iaitu nyahsenarai nikotin daripada Akta Racun 1952, tembakau dan industri berkaitan Gangguan Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (CSPPH) 2023 dan penghapusan GEG daripada Rang Undang-Undang CSPPH 2023.

"Artikel 5.3 FCTC, yang diratifikasi Malaysia hampir 20 tahun lalu pada tahun 2005 jelas mewajibkan pihak-pihak bertanggungjawab perlu melindungi dasar-dasar kesihatan awam daripada kepentingan komersial dan lain-lain kepentingan industri tembakau.

"Pendedahan terbaru oleh Timbalan Menteri Kesihatan di Parlimen itu melanggar Konvensyen yang telah memalukan Malaysia," jelasnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Lukanisman mendedahkan bahawa tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape banyak mempengaruhi pengguguran peruntukan generasi penamat (GEG) daripada undang-undang untuk mengawal merokok.

Menurut Lukanisman, pelobi bertemu secara langsung dengan ahli parlimen sebelum perbahasan rang undang-undang itu, mempengaruhi pandangan mereka terhadap langkah GEG yang bertujuan untuk mewujudkan generasi masa depan yang bebas rokok.

Tambah kenyataan itu, pengakuan tersebut juga mencabar prinsip-prinsip asas kerajaan Madani yang slogannya ialah tadbir urus baik, pembangunan mampan dan keharmonian kaum.

Artikel Berkaitan:

"Di manakah tadbir urus yang baik apabila pembuat undang-undang ditentukan oleh entiti yang sepatutnya dikawal selia?

"Industri tembakau dan vape sentiasa bertentangan dengan pembangunan mampan, baik dari segi kehidupan manusia, serta sokongan terhadap alam sekitar. Kos ekonomi serta beban kesihatan akibat bahan itu dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada huru-hara dalam masyarakat," ujarnya.

MyWATCH turut mempersoalkan akauntabiliti, maruah dan keberkesanan apabila kerajaan tunduk kepada tekanan oleh industri yang hanya prihatin untuk membuat keuntungan.

"Kerajaan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kesihatan warganya terutama generasi akan datang.

"Kebajikan remaja dan kanak-kanak kita perlu diutamakan daripada sebarang kepentingan syarikat tembakau atau vape," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!