Tukang cat diberkas kes bakar dua beranak Rohingya

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang tukang cat warga Myanmar ditahan kerana disyaki menyebabkan dua beranak etnik Rohingya melecur di padang permainan Kampung Cheras Baru, Cheras di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek berumur 36 tahun ditahan dalam serbuan sebuah rumah di kawasan Ampang pada Khamis.

"Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pada Sabtu, dua beranak itu melecur selepas dibakar dua lelaki warga asing di padang permainan Kampung Cheras Baru, Cheras di sini.

Kejadian pada jam 10.30 malam berlaku ketika mangsa telah pergi ke padang permainan itu untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Wanita itu kemudian terserempak dengan dua lelaki yang dikenali dalam keadaan mabuk, salah seorang suspek telah menyuruh mangsa membelikan petrol dan diisi ke dalam botol.

Setelah mangsa menyerahkan botol yang berisi petrol kepada suspek, kedua-dua suspek bertindak menyimbah petrol serta membakar mangsa.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang melecur hampir 30 peratus di bahagian muka dan badan menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan, manakala anak mangsa mengalami kecederaan ringan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28