11 kawasan catat suhu panas berjaga-jaga

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 10 kawasan Semenanjung Malaysia dan satu di Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, antara kawasan di Semenanjung Malaysia yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling ); Hulu Perak, Perak dan Raub, Pahang, manakala di Sarawak pula melibatkan Limbang.

Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menangguhkan kegiatan luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini, bertambah buruk.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangka berlaku, terutama membabitkan kesihatan pelajar.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

11 kawasan catat suhu panas berjaga-jaga #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Kesihatan #Cuaca #Panas #MetMalaysia

رمضان زين الشهور - مشاري راشد العفاسي

Artikel Berkaitan: