Fadillah buat lawatan mengejut ke KLIA

Fadillah (tengah) melakukan lawatan mengejut ke KLIA di Sepang pada Khamis. Foto FB Fadillah Yusof
Fadillah (tengah) melakukan lawatan mengejut ke KLIA di Sepang pada Khamis. Foto FB Fadillah Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis melakukan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi merasai sendiri pengalaman pelancong asing yang masuk ke negara ini.

Gambar yang dikongsi Fadillah di Facebook beliau ketika mengadakan lawatan mengejut ke KLIA pada Khamis.
Gambar yang dikongsi Fadillah di Facebook beliau ketika mengadakan lawatan mengejut ke KLIA pada Khamis.

Menerusi hantaran dalam Facebook, beliau berkata, hasil daripada lawatan itu dijadikan panduan untuknya dalam Mesyuarat Kesesakan Pintu Antarabangsa yang berlangsung di Parlimen hari ini.

Fadillah mengadakan lawatan mengejut ke KLIA bagi merasai sendiri pengalaman pelancong asing yang masuk ke Malaysia. Foto FB Fadillah Yusof
Fadillah mengadakan lawatan mengejut ke KLIA bagi merasai sendiri pengalaman pelancong asing yang masuk ke Malaysia. Foto FB Fadillah Yusof

"Bermula di Bangunan Satelit KLIA, pagi ini saya menjadi sebahagian 'penumpang' yang baru mendarat sebelum berjalan ke kaunter imigresen Pintu Ketibaan Antarabangsa dan kemudian beratur bersama pelancong yang baru tiba untuk pengesahan pasport dengan tempoh menunggu kira-kira 10 minit.

"Pegawai kanan imigresen dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang bertanggungjawab menjaga urusan di KLIA memberitahu bahawa tempoh menunggu pada waktu puncak boleh mencecah 1 jam 30 minit atau dua jam," katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, di luar waktu puncak, proses kemasukan pelancong ke Malaysia melalui pintu masuk negara di KLIA adalah kira-kira 30 minit.

Pegawai imigresen MAHB menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong kepada Fadillah. Foto FB Fadillah Yusof
Pegawai imigresen MAHB menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong kepada Fadillah. Foto FB Fadillah Yusof

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran itu, Fadillah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pegawai imigresen, MAHB dan Polis Diraja Malaysia yang membantu dan menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong kepadanya.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA pada kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28