Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan berhati-hati

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6820/6865 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Rabu. - Foto hiasan
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6820/6865 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Rabu. - Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi pada Khamis dalam keadaan dagangan berhati-hati memandangkan pelabur memantau perkembangan penting termasuk Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dan jualan runcit Amerika Syarikat (AS) bagi Februari yang akan dikeluarkan malam ini.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6820/6865 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unjuran konsensus menunjukkan IHPR boleh dikekalkan pada 0.3 peratus bulan ke bulan (Januari 2024: 0.3 peratus) manakala jualan runcit boleh meningkat sebanyak 0.8 peratus bulan ke bulan daripada -0.8 peratus sebelumnya.

"Nampaknya kadar inflasi akan mengambil sedikit masa untuk mencapai dua peratus dan itu telah mengakibatkan kekecewaan dalam sentimen pasaran kerana pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) bertegas untuk membawa kadar inflasi ke arah objektifnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peserta pasaran juga bimbang menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS minggu depan.

Justeru, pasangan dolar AS/ringgit akan terus kekal pada sekitar RM4.68 berikutan sentimen berhati-hati dalam pasaran, katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1723/1754 daripada 3.1650/1672 ketika ditutup pada Rabu dan, rendah berbanding pound British kepada 5.9930/5.9987 daripada 5.9840/9878.

Artikel Berkaitan:

Unit domestik turut lemah berbanding euro kepada 5.1263/1312 daripada 5.1164/1197.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1296/1462 daripada 13.1053/1200 semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5145/5184 daripada 3.5121/5149.

Walau bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.45/8.48 daripada 8.45/8.47 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/301.0 daripada 300.7/301.1. - Bernama