Klopp jadikan Manchester City lebih baik

Guardiola (kiri) dan Klopp antara dua tokoh bola sepak berpengaruh.
Guardiola (kiri) dan Klopp antara dua tokoh bola sepak berpengaruh.
A
A
A

KEPUTUSAN seri Liverpool menentang Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan perlumbaan kejuaraan tiga penjuru bersama pendahulu Arsenal kembali terbuka luas.

Biarpun begitu pertembungan EPL ke-16 antara Jurgen Klopp dan Pep Guardiola - kedua-dua pakar taktikal itu lebih tertumpu kepada musim terakhir bekas pengendali kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund di Merseyside.

Sebaik perlawanan berakhir Klopp dan Guardiola berpelukan mesra mengakhiri perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Anfield musim ini menunjukkan penghormatan antara kedua-dua tokoh berpengaruh liga teratas Inggeris.

“Ya, dia akan kembali! Dia jenis individu yang terlalu mencintai pekerjaannya.

“Apa yang boleh saya katakan? Dia menjadikan kami (Manchester City) pasukan yang lebih baik, dia menjadikan saya pengendali yang lebih baik. Saya harap dia akan kembali tidak lama lagi, kerana bola sepak memerlukan personaliti seperti dia,” kata Guardiola.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: