Rekod Klopp lebih baik berbanding Guardiola

KLOPP
KLOPP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memuji pengendali Manchester City, Pep Guardiola sebagai pengurus terbaik menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara kedua-dua pasukan pada Ahad.

Pertembungan itu berkemungkinan bakal menjadi perlawanan terakhir buat Klopp menentang City selepas dia mengumumkan untuk meninggalkan Liverpool hujung musim ini.

City telah memenangi lima daripada enam kejuaraan EPL yang lalu tetapi Liverpool telah menjadi saingan utama mereka, merampas trofi tersebut pada 2020.

Kedua-dua pasukan itu sekali lagi terikat dalam perebutan di puncak EPL dengan pendahulu Liverpool mendahului dengan satu mata sebelum pertembungan Ahad ini di Anfield.

Bos Liverpool itu berkata City yang sedang memburu treble kedua berturut-turut Liga Juara-Juara, EPL dan Piala FA disifatkan cemerlang dalam banyak aspek.

“Saya berada dalam pertandingan dan saya sendiri melihat kecemerlangan apabila saya menghadapinya.

"Pep pastinya telah melakukan banyak perkara berbeza sepanjang tahun bersama pasukannya.

"Bagaimanakah saya boleh menilai pengurus dari masa lalu? Tetapi dalam hidup saya, dia adalah pengurus yang cemerlang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Klopp mempunyai rekod cemerlang menentang Guardiola apabila menang 12 kali dalam 29 pertemuan mereka.

"Pada masa ini saya mempunyai rekod positif menentang Pep.

“Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku secara jujur ​​tetapi semuanya amat positif.

“Saya tahu saya cukup mahir dalam apa yang saya lakukan. Saya tidak mahu dilihat seperti seseorang yang gembira berada di sini tetapi anda bertanya kepada saya tentang yang terbaik dan bagi saya dia adalah yang terbaik," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28