Iftar makan bertalam di UMT, hidupkan sunnah Rasulullah SAW

SEBAHAGIAN pelajar UMT yang menerima manfaat daripada sumbangan iftar warga universiti itu. -Foto: IHSAN UMT
SEBAHAGIAN pelajar UMT yang menerima manfaat daripada sumbangan iftar warga universiti itu. -Foto: IHSAN UMT
A
A
A
KONSEP makan bertalam dikongsi antara empat atau lima orang menjadi antara keunikan iftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat mahasiswanya yang memerlukan, sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, Ustazah Faizah Ismail menjelaskan, program itu merupakan acara tradisi yang diadakan saban tahun bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan.

Ujar beliau, pihaknya memperuntukkan RM7,000 bagi menyediakan juadah berbuka kepada 500 hingga 1,000 pelajar setiap hari.



“Tajaan iftar itu merupakan sumbangan warga UMT sendiri sama ada melalui infak potongan gaji bulanan, sumbangan individu dan Pusat Tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Dalam Islam, sebaik-baik amalan sedekah dilakukan ketika bulan Ramadan.

Ia sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis masyhur.
Artikel Berkaitan:


Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW: “Sedekah apakah yang paling afdal? Baginda menjawab: “Sedekah pada bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)