Satu keluarga berdepan detik cemas, disamun empat lelaki berparang

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di sebuah rumah kedai di Telok Panglima Garang, di sini, pada Ahad. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Ridhwan)

A
A
A

KUALA LANGAT - Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di sebuah rumah kedai di Telok Panglima Garang, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 4.32 petang

"Ketika kejadian mangsa yang juga seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan bersama keluarganya disamun empat lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Ativa warna merah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Ridhwan berkata, kesemua suspek itu memasuki kedai runcit milik nenek pengadu.

"Suspek kemudian memasuki rumah pengadu melalui pintu hadapan yang berada di tingkat atas kedai runcit.

"Suspek melarikan diri setelah menyedari ibu pengadu bangun dan menjerit mengejutkan suaminya yang sedang tidur di dalam bilik. Keluarga itu mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM1,000," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Kita sedang giat mengesan suspek yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kala Langat ditalian 03-31872222," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!