Sila log masuk terlebih dahulu.

41 tahun guna air bukit

A
A
A

BERITA SEMASA 13 MAC 2024

Sudah menjadi tradisi bagi penduduk Kampung Payang Kayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu menggunakan air bukit dari Bukit Tinggi di kampung tersebut dalam kehidupan seharian mereka sejak 41 tahun lepas, lapor wartawan Sinar Harian Nurfardlina Izzati Moktar.

Lebih menarik, saluran paip yang dipasang dari atas bukit mampu membekalkan air bersih kepada 98 rumah melibatkan hampir 500 penduduk di kampung berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Air Bukit Kampung Payang Kayu, Mustaffa Taib menyatakan penduduk masih menggunakan air bukit yang segar itu bagi menampung keperluan harian meskipun sudah mendapat bekalan air bersih daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).

Menurutnya, air bukit itu juga selamat untuk diminum dan memasak makanan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654193/edisi/terengganu/41-tahun-guna-air-bukit

Muzik: Elevate dari www.bensound.com