Dua beregu Malaysia lepasi halangan pertama di England

Pearly-Thinaah. Foto Agensi
Pearly-Thinaah. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan perjuangan kempen Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024 Super 1000 di Utilita Arena Birmingham, England dengan rentak kemenangan.

Gandingan utama negara itu mara selepas mengatasi rakan senegara, Vivian Hoo- Lim Chiew Sien, straight set 21-10, 21-10 dalam aksi 26 minit.

Cabaran besar menanti Pearly-Thinaah di pusingan kedua apabila menanti pemenang pertarungan pilihan pertama, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China menentang gandingan Taiwan Hsu Ya-ching/Lin Wan-ching.

Turut mara beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang menjinakkan gandingan dari Taiwan, Chang Ko chi-Lee Chih Chen, 21-17, 26-24 dalam masa 43 minit.

Soon Huat-Shevon Lai akan berdepan pemenang pertarungan antara gandingan nombor empat kejuaraan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping menentang beregu dari Australia, Kenneth Zhe Hooi Choo-Gronya Somerville.

Pada Rabu, barisan pemain negara akan meneruskan cabaran pusingan pertama dengan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menentang pilihan dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Chen Tan Jie-Toh Ee Wei yang beraksi dalam acara beregu campuran aksn berdepan gandingan dari Thailand, Dechapol Puavaranukoh-Sapsiree Taerattanachai.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membuka gelanggang berdepan pemain Jepun pilihan keenam Kodai Naraoka.

Artikel Berkaitan:

Goh Jin Wei pula akan berdepan pemain pilihan keenam dari China, He Bingjiao.