Mazlan dilantik Pengarah Maritim Malaysia Pahang baharu

Kamal Ariffin (kanan) menyerahkan pedang
Scimitar kepada Mazlan sebagai simbolik penyerahan tugas
Pengarah Maritim Negeri Pahang baharu di sini pada Selasa.
Kamal Ariffin (kanan) menyerahkan pedang Scimitar kepada Mazlan sebagai simbolik penyerahan tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang baharu di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Bekas Pengarah Bahagian Kejuruteraan Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Putrajaya, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab dilantik sebagai Pengarah Maritim Malaysia Pahang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Beliau menggantikan Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh yang kini dilantik sebagai Pengarah Maritim Malaysia Sarawak sejak 4 Mac lalu.

Maritim Malaysia Pahang dalam kenyataan berkata, majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, Indera Mahkota di sini pada Selasa.

Saiful Lizan (depan) bergambar bersama Kamal Ariffin (barisan kedua, kanan) dan Mazlan (barisan kedua kiri) serta sebahagian pegawai Maritim Malaysia Pahang selepas majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang baharubdi sini pada Selasa.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya acara kemuncak menandatangani dan pertukaran dokumen nota serah terima tugas serta penyerahan Pedang Scimitar sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang baharu.

"Seluruh warga Maritim Malaysia Pahang merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kamal Ariffin atas kecemerlangan, khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Maritim Negeri Pahang sejak Januari 2022.

"Ucapan tahniah juga kepada Mazlan atas pelantikan sebagai Pengarah Maritim Malaysia Pahang yang baharu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!