4.32 juta telah kemas kini data di PADU

Seramai 4.32 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem PADU setakat semalam. Gambar hiasan
Seramai 4.32 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem PADU setakat semalam. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.

Berdasarkan status dimuat naik di laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan 0.65 juta individu telah mengemas kini data manakala Sarawak (0.57 juta), Johor (0.41 juta), Perak (0.39 juta), Sabah (0.36 juta) dan Kedah (0.29 juta).

Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 0.28 juta orang, Pahang (0.24 juta), Pulau Pinang (0.23 juta), Terengganu (0.23 juta), Negeri Sembilan (0.18 juta), Melaka (0.12 juta), Perlis (0.06 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.02 juta) dan Labuan (0.01 juta).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini, sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: