Rafizi nafi sistem PADU digodam

Rafizi menafikan sistem PADU digodam seperti didakwa sebuah forum dalam talian. Foto fail Bernama
Rafizi menafikan sistem PADU digodam seperti didakwa sebuah forum dalam talian. Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) digodam seperti didakwa sebuah forum dalam talian.

Ia susulan kumpulan penggodam yang dikenali sebagai R00TK1T mendakwa telah mencuri data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurutnya, portal tersebut perlu mencari sumber yang sahih dan bukan menyebarkan maklumat salah.

"Terima kasih kerana tidak menyemak fakta terlebih dulu.

“Sekurang-kurangnya anda patut hubungi @paduofficial_ untuk pengesahan,” katanya dalam hantaran di X pada Isnin.

Sebelum ini, R00TK1T akan mendedahkan data pengguna di Malaysia berjaya dicuri oleh mereka dan memberikan tempoh 12 jam kepada pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan mengenai kerentanan data yang berlaku.

Bagaimanapun, pihak LPPKN masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesahihan dakwaan pangkalan data mereka telah berjaya ditembus oleh penggodam.

Pada 2 Januari lalu, PADU telah dilancarkan sebagai langkah memastikan penyampaian bagi mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi yang selama ini dinikmati golongan tidak selayaknya.

Artikel Berkaitan:

Pengenalan sistem itu adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28